8.30.2010

8.23.2010

Lagu Sekolah ; Payung Pelindung Bakti

0 ulasan

 

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti

Pusat Pelajar Putera dan Puteri

Mencapai cita-cita

Kami Berjanji Serta Berikrar

Akan Terus Belajar

 

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Bersih dan Cekap

Berbudi Mulia

Amalan Hidup Kita

Rajin Berusaha

Diri Berjaya

 

Panduan Bersama

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti (3x)

8.03.2010

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Blog: Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

1 ulasan

 

Baru-bari ini, pada Mac 2010, Pusat Sumber Pekan dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peramu Jaya dengan kerjasama SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan INTEL menganjurkan pertandingan menulis Blog; Jalur Lebar Merubah Hidup Saya. Pertandingan tersebut berlangsung selama lebih kurang sebulan.

Seramai 12 pelajar SMKTA telah menyertai pertandingan tersebut yang mana mereka dikehendaki membina sebuah blog dengan tema “Jalur Lebar Merubah Hidup Saya”. Mereka perlu mendaftar dan mula membina blog mereka di Pusat Sumber Pekan atau Pusat Jalur Lebar Komuniti.

DSC02608 DSC02609 DSC02610 DSC02611 DSC02612 DSC02616

 

Majlis Penyerahan Hadiah oleh INTEL

Tarikh : 3 Ogos 2010                             Masa :  2.30 – 3.30 petang

Tempat : Pusat Sumber Pekan

Tahniah kepada dua orang pelajar yang memenangi tempat pertama dan ke-11.

Pertama : Sheikh Amir Hamizan (5 Akaun) – memenangi sebuah netbook ACER

Ke-11 : Mohd Aizat bin Anuarizan – memenangi hamper

Semua peserta yang lain dan sekolah diberi sijil penyertaan. Sekolah yang mempunyai penyertaan terbanyak dihadiahkan sebuah “plaque” oleh INTEL & SKMM.

 

Di antara blog Peserta Pertandingan dari SMKTA ialah :

1. http://ameellanium.blogspot.com – Johan Pertandingan

2. http://aizatsmkta.blogspot.com – Tempat ke-11

3. http://ilyananajwa.blogspot.com/

8.01.2010

Liga Remaja Kreatif – Jalur Lebar untuk 1 Malaysia

0 ulasan

 

Liga-Remaja-Kreatif_a

Liga Remaja Kreatif 2010 dengan tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia” merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. 

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pertandingan ini adalah projek berpasukan yang mana terdiri 2-4 pelajar untuk satu pasukan. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan mesti menepati tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”. Semua sekolah dibekalkan dengan kit pembelajaran asas produksi.

 

Objektif Pertandingan:

1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

 

Maklumat Peraduan: 

 

  • Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia. 
  • Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Ogos 2010. 
  • Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

Kesemua peserta akan diadili pada peringkat Negeri yang mana hadiah yang disediakan di peringkat Negeri ini ialah

Hadiah tempat pertama : RM5 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2 000 beserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Kesemua pemenang pertama peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan. Peserta peringkat kebangsaan ini akan berpeluang menyertai Kem Pembangunan Kandungan dan hasil produksi mereka akan dihakimi untuk menentukan Juara Peringkat Kebangsaan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan:

Hadiah tempat pertama : RM10 000 beserta kamera digital
Hadiah tempat kedua : RM7 500 beserta kamera digital
Hadiah tempat ketiga : RM5 000 beserta kamera digital

 

Tarikh tutup penyertaan: 30 Ogos 2010