9.01.2010

Soalan Percubaan PMR 2010 Negeri Pahang

0 ulasan

 

single

Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal!

 

Di bawah ni disediakan link untuk download kertas Soalan Percubaan PMR 2010 Negeri Pahang. Jika ada masalah link broken atau tak boleh download dsb, sila maklumkan di ruang komen.

8.30.2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53!

0 ulasan

 

8.23.2010

Lagu Sekolah ; Payung Pelindung Bakti

0 ulasan

 

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti

Pusat Pelajar Putera dan Puteri

Mencapai cita-cita

Kami Berjanji Serta Berikrar

Akan Terus Belajar

 

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Bersih dan Cekap

Berbudi Mulia

Amalan Hidup Kita

Rajin Berusaha

Diri Berjaya

 

Panduan Bersama

Harapan Ibu Bapa dan Guru

Tidak Kami Siakan

Sekolah Menengah Tengku Abdullah

Payung Pelindung Bakti (3x)

8.03.2010

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Blog: Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

1 ulasan

 

Baru-bari ini, pada Mac 2010, Pusat Sumber Pekan dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peramu Jaya dengan kerjasama SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan INTEL menganjurkan pertandingan menulis Blog; Jalur Lebar Merubah Hidup Saya. Pertandingan tersebut berlangsung selama lebih kurang sebulan.

Seramai 12 pelajar SMKTA telah menyertai pertandingan tersebut yang mana mereka dikehendaki membina sebuah blog dengan tema “Jalur Lebar Merubah Hidup Saya”. Mereka perlu mendaftar dan mula membina blog mereka di Pusat Sumber Pekan atau Pusat Jalur Lebar Komuniti.

DSC02608 DSC02609 DSC02610 DSC02611 DSC02612 DSC02616

 

Majlis Penyerahan Hadiah oleh INTEL

Tarikh : 3 Ogos 2010                             Masa :  2.30 – 3.30 petang

Tempat : Pusat Sumber Pekan

Tahniah kepada dua orang pelajar yang memenangi tempat pertama dan ke-11.

Pertama : Sheikh Amir Hamizan (5 Akaun) – memenangi sebuah netbook ACER

Ke-11 : Mohd Aizat bin Anuarizan – memenangi hamper

Semua peserta yang lain dan sekolah diberi sijil penyertaan. Sekolah yang mempunyai penyertaan terbanyak dihadiahkan sebuah “plaque” oleh INTEL & SKMM.

 

Di antara blog Peserta Pertandingan dari SMKTA ialah :

1. http://ameellanium.blogspot.com – Johan Pertandingan

2. http://aizatsmkta.blogspot.com – Tempat ke-11

3. http://ilyananajwa.blogspot.com/

8.01.2010

Liga Remaja Kreatif – Jalur Lebar untuk 1 Malaysia

0 ulasan

 

Liga-Remaja-Kreatif_a

Liga Remaja Kreatif 2010 dengan tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia” merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. 

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pertandingan ini adalah projek berpasukan yang mana terdiri 2-4 pelajar untuk satu pasukan. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan mesti menepati tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”. Semua sekolah dibekalkan dengan kit pembelajaran asas produksi.

 

Objektif Pertandingan:

1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

 

Maklumat Peraduan: 

 

  • Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia. 
  • Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Ogos 2010. 
  • Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

Kesemua peserta akan diadili pada peringkat Negeri yang mana hadiah yang disediakan di peringkat Negeri ini ialah

Hadiah tempat pertama : RM5 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2 000 beserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Kesemua pemenang pertama peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan. Peserta peringkat kebangsaan ini akan berpeluang menyertai Kem Pembangunan Kandungan dan hasil produksi mereka akan dihakimi untuk menentukan Juara Peringkat Kebangsaan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan:

Hadiah tempat pertama : RM10 000 beserta kamera digital
Hadiah tempat kedua : RM7 500 beserta kamera digital
Hadiah tempat ketiga : RM5 000 beserta kamera digital

 

Tarikh tutup penyertaan: 30 Ogos 2010

6.18.2010

Rejab ; Bulan Kemuliaan

0 ulasan

 

3786500418_76a0993cc4

Bulan ini dinamakan Rejab oleh Masyarakat Jahiliyah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Seterusnya, Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Manakala bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

 

Rasulullah  Saw juga bersabda:

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

 

Peristiwa besar yg berlaku di dlm bulan Rejab ialah peristiwa 'Isra dan Mikraj iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW telah bergerak dr Mekah ke Baitul Maqdis pada waktu malam dan diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT. Pada malam itu juga, Rasulullah SAW telah menerima perintah menunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam dan kewajipan itu  telah menjadi rukun Islam yang wajib kita laksanakan sebagai seorang Muslim. Peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Rejab boleh dirujuk di Al Azim

 

KELEBIHAN BULAN REJAB

3689534344_d8949c3822 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.


Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

 

rejab1 

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

 

Semoga kita senantiasa memperoleh rahmat-Nya. Amin.

5.17.2010

Kem Harapan DRB Hicom 2010 di UPM Serdang

0 ulasan

Tarikh : 13 – 16 May 2010

Tempat : Kolej Kesebelas Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Jumlah Pelajar Terlibat : 40 orang (Pelajar Asrama)

Guru Pengiring : Cik Rozelianti, Cik Zanariah , Cik Norshafiza, Cik Ermie Dharlya

Hari Pertama – 13 May 2010 (Khamis)

Kami bergerak dari sekolah pada jam 10.15 pagi dengan menaiki bas sekolah CAH 7337 yang disewa khas di bawah tanggungan ADUN PERAMU JAYA.

P1030128

Pelajar gembira dan teruja dengan Kem Harapan DRB Hicom 2010

Kami sampai ke tempat program lebih kurang jam 6.00 petang, lambat daripada waktu yang dijadualkan. Semua peserta diberikan bilik yang mana setiap bilik menempatkan dua orang peserta dari sekolah yang sama. Kami diletakkan di Tingkat 5 dan 6. Yang menariknya berada di Kolej Sebelas ini, blok asramanya disediakan lif untuk kebilik. Walaupun keadaan lif agak uzur dan mengeluarkan bunyi yang agak menakutkan, tapi kemudahan lif ini tidak kami sia-siakan.

P1030139

Sesi  Malam : Ice Breaking mengikut kumpulan yang telah ditetapkan

Hari Kedua – 14 May 2010 (Jumaat)

Seawal jam 7.00 pagi, peserta dikehendaki turun untuk sesi senaman yang dikendalikan oleh fasilitator (pelajar UPM) yang bertugas.

8.00 pagi, semua peserta berkumpul untuk bergerak ke Fakulti Kejuruteraan untuk sesi seterusnya.

P1030169

Kesemua peserta, guru pengiring berada di Dewan Auditorium, Fakulti Kejuruteraan untuk menonton Video berkaitan UPM dan penerangan ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Kem Harapan DRB Hicom 2010.

Aktiviti : Cabaran Menyelamatkan Telur Ayam

Peserta dipecahkan mengikut kumpulan dan diberi sebiji telur, kertas mahjong dan beberapa batang straw. Mereka dikehendaki mencipta satu struktur untuk mengelakkan telur ayam mereka pecah semasa dijatuhkan dari ketinggian 100cm.

P1030203 P1030204 P1030205 P1030206

Sesi Perbincangan dan Mencipta mengikut Kumpulan

P1030215 P1030230 P1030231 P1030218

Sesi menjatuhkan telur ayam yang telah dibungkus pada ketinggian 100cm

 

Aktiviti : Lawatan sekitar UPM Serdang

Semua peserta dibawa melawat sekitar UPM Serdang ke beberapa buah lokasi antaranya Pusat Ekuin, Makmal Pemprosesan Makanan, Ladang Tenusu, Dusun Buah-buahan, dan beberapa tempat

P1030259 P1030245 P1030250 P1030256

Lawatan ke Pusat Ekuin, UPM Serdang

Aktiviti :Sesi Motivasi bersama Dr Shatar

Pada sebelah malamnya pula, diadakan sesi motivasi oleh Dr Shatar. Peserta teruja apabila Dr Shatar menawarkan pelbagai jenis hadiah untuk mereka apabila menjawab soalan.

P1030184P1030194 P1030195P1030196

Hari Ketiga – 15 Mei 2010 (Sabtu)

Untuk sesi hari ini, peserta menghadiri sesi motivasi bersama Mr Anand. Dari sesi motivasi tersebut, pelbagai tips menghafal, dan belajar dikongsikan.

Aktiviti Riadah Petang

P1030319 P1030320 P1030321 P1030323

 

Hari Keempat – 16 Mei 2010 (Ahad)

Aktiviti : Sukaneka

P1030399 P1030411

P1030426 P1030389

 

Detik Mendebarkan!

P10304276 orang pelajar SMKTA terperangkap dalam lif sebelum bermulanya Majlis Perasmian Penutup berjaya diselamatkan.

 

Majlis Perasmian Penutup & Sambutan Hari Guru

P1030428 P1030430 P1030431 P1030432

Kami bergerak pulang pada jam 2.30 petang, dan setibanya di Tol Bentong, bas sekolah yang dinaiki mengalami kerosakan betul-betul di Plaza Tol semasa mengambil tiket. Makanya, kami semua bersama-sama menolak bus ke bahu jalan. Power betul gadis-gadis kuning ni!

Seterusnya, kami terpaksa menunggu hampir sejam bas untuk dibaiki. Kami selamat sampai di SMKTA pada jam 9.30 malam.

3.10.2010

Lawatan ke Petrosains Dinotrek

0 ulasan

 

Tarikh : 9 Mac 2010

Jumlah Pelajar  Terlibat : 120 pelajar (Persatuan Sains)

Nama Program: Lawatan ke Petrosains Dinotrek

Tempat : Bangunan Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Masa Lawatan : 8.00 pagi – 2.00 petang

Guru Pengiring : Pn Hjh Zalizan, Pn Yusnah, Pn Mek Apuan, En Zainurin, Cik Ermie Dharlya, Cik Norshafiza

 

P1010184P1010185P1010181P1010183 

 

Pameran yang diadakan – Pelawat merasai pengalaman sendiri sambil menambahkan pengetahuan mengenai Dinosaur. Replika dinosaur dalam pameran ini adalah dibeli dari Jepun, dan merupakan replika yang digunakan untuk penggambaran dan perfileman.

 

P1010143 P1010140 P1010144 P1010148 P1010149 P1010157

 

Antara game/permainan yang disediakan di Pameran Dinotrek Petrosains adalah permainan berkomputer dan menembak untuk memberi makanan kepada replika dinasour. Seterusnya pelajar dihimpunkan mengikut tingkatan. T4 & T5 untuk cabaran membina platform (landasan) mengikut kumpulan yang akan diuji dengan menggunakan gula pasir, manakala T1, T2, T3 merupakan kuiz berpasangan.

 

P1010153 P1010152 P1010141P1010161 P1010164P1010165 P1010169P1010170 P1010171P1010177 P1010174 P1010178

Kumpulan yang menang diberi cenderamata khas manakala yang kalah diberi kalendar dinotrek sebagai tanda kenangan.

 

P1010182

Pelajar membeli cenderahati yang dijual di bahagian luar untuk dibawa pulang

dan sebagai tanda kenan-kenangan. 

 

cikgu

Guru Pengiring Lawatan: (dari kiri) Pn Yusnah, Pn Zalizan, Cik Ermie, Ck Norshafiza.

Tiada dalam gambar : Pn Mek Apuan & En Zainurin