10.31.2009

Sejarah SMK Tengku Abdullah, Pekan

0 ulasan

 

Pada tahun 1965, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dengan nama Sekolah Anika Jurusan, Pekan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pusat  yang kini SK Seri Biram, Pekan.

Bangunan sekolah baru dan asrama sekolah telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1967. Pada tahun tersebut juga, kumpulan perintis pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran).

Perasmian sekolah dan asrama baru dengan nama Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah, Sultan Pahang, telah diadakan pada 23 Mei 1969.

Pada 23 September1973, PIBG Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan telah ditubuhkan. Pada bulan Jun 1974, PIBG sekolah ini telah diterima menjadi ahli gabungan PIBG Daerah Pekan. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama telah diadakan pada 24 Julai 1975.

Pada 16 Februari 1979, secara rasminya nama Sekolah Menengah (R) Kebangsaan Pekan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan.

Pada 31 Mei 1981, YAB Datuk Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu telah merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta Mesyuarat Agung PIBG.

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi SMK Tengku Abdullah Berhad telah dibuat pada tanggal 13 Mei 1982. Pada tahun 1985 pula telah menyaksikan pembinaan surau sekolah. Turutan dari itu padang sekolah telah dapat disempurnakan pada tahun 1986 dan pgada tahun berikutnya, 1987, Sukan Tahunan dapat diadakan buat pertama kalinya di padang tersebut. Gelanggang Tenis pula telah disiapkan pada tahun 1990.

SMK Tengku Abdullah, Pekan telah merayakan sambutan Jubli Perak pada tahun 1990.

10.07.2009

SMKTA ..blok baru dalam pembinaan

0 ulasan
DSC01767     DSC01768
Nama dan logo lama dan baru SMK Tengku Abdullah Pekan.

Hari pertama PMR 2009

0 ulasan
Hari ini merupakan hari penentuan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang mana mereka akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009.

Jadual peperiksaan untuk hari ini ialah seperti berikut:

8.10 -   9.10 pagi     -  Bahasa Melayu Kertas 1
9.50 - 11.50 pagi     -  Bahasa Melayu Kertas 2
2.10 -   4.40 petang  -  Pendidikan Islam

Di SMKTA disediakan 2 pusat iaitu CP021 dan CP035. CP021 adalah untuk pelajar Tingkatan 3 seramai 193 calon manakala CP035 untuk calon pendidikan khas seramai 5 orang.