Tarikh : 13 – 16 May 2010
Tempat : Kolej Kesebelas Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Jumlah Pelajar Terlibat : 40 orang (Pelajar Asrama)
Guru Pengiring : Cik Rozelianti, Cik Zanariah , Cik Norshafiza, Cik Ermie Dharlya
Hari Pertama – 13 May 2010 (Khamis) |
Kami bergerak dari sekolah pada jam 10.15 pagi dengan menaiki bas sekolah CAH 7337 yang disewa khas di bawah tanggungan ADUN PERAMU JAYA.
Pelajar gembira dan teruja dengan Kem Harapan DRB Hicom 2010
Kami sampai ke tempat program lebih kurang jam 6.00 petang, lambat daripada waktu yang dijadualkan. Semua peserta diberikan bilik yang mana setiap bilik menempatkan dua orang peserta dari sekolah yang sama. Kami diletakkan di Tingkat 5 dan 6. Yang menariknya berada di Kolej Sebelas ini, blok asramanya disediakan lif untuk kebilik. Walaupun keadaan lif agak uzur dan mengeluarkan bunyi yang agak menakutkan, tapi kemudahan lif ini tidak kami sia-siakan.
Sesi Malam : Ice Breaking mengikut kumpulan yang telah ditetapkan
Hari Kedua – 14 May 2010 (Jumaat) |
Seawal jam 7.00 pagi, peserta dikehendaki turun untuk sesi senaman yang dikendalikan oleh fasilitator (pelajar UPM) yang bertugas.
8.00 pagi, semua peserta berkumpul untuk bergerak ke Fakulti Kejuruteraan untuk sesi seterusnya.
Kesemua peserta, guru pengiring berada di Dewan Auditorium, Fakulti Kejuruteraan untuk menonton Video berkaitan UPM dan penerangan ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Kem Harapan DRB Hicom 2010.
Aktiviti : Cabaran Menyelamatkan Telur Ayam
Peserta dipecahkan mengikut kumpulan dan diberi sebiji telur, kertas mahjong dan beberapa batang straw. Mereka dikehendaki mencipta satu struktur untuk mengelakkan telur ayam mereka pecah semasa dijatuhkan dari ketinggian 100cm.
Sesi Perbincangan dan Mencipta mengikut Kumpulan
Sesi menjatuhkan telur ayam yang telah dibungkus pada ketinggian 100cm
Aktiviti : Lawatan sekitar UPM Serdang
Semua peserta dibawa melawat sekitar UPM Serdang ke beberapa buah lokasi antaranya Pusat Ekuin, Makmal Pemprosesan Makanan, Ladang Tenusu, Dusun Buah-buahan, dan beberapa tempat
Lawatan ke Pusat Ekuin, UPM Serdang
Aktiviti :Sesi Motivasi bersama Dr Shatar
Pada sebelah malamnya pula, diadakan sesi motivasi oleh Dr Shatar. Peserta teruja apabila Dr Shatar menawarkan pelbagai jenis hadiah untuk mereka apabila menjawab soalan.
Hari Ketiga – 15 Mei 2010 (Sabtu) |
Untuk sesi hari ini, peserta menghadiri sesi motivasi bersama Mr Anand. Dari sesi motivasi tersebut, pelbagai tips menghafal, dan belajar dikongsikan.
Aktiviti Riadah Petang
Hari Keempat – 16 Mei 2010 (Ahad) |
Aktiviti : Sukaneka
Detik Mendebarkan!
6 orang pelajar SMKTA terperangkap dalam lif sebelum bermulanya Majlis Perasmian Penutup berjaya diselamatkan.
Majlis Perasmian Penutup & Sambutan Hari Guru
Kami bergerak pulang pada jam 2.30 petang, dan setibanya di Tol Bentong, bas sekolah yang dinaiki mengalami kerosakan betul-betul di Plaza Tol semasa mengambil tiket. Makanya, kami semua bersama-sama menolak bus ke bahu jalan. Power betul gadis-gadis kuning ni!
Seterusnya, kami terpaksa menunggu hampir sejam bas untuk dibaiki. Kami selamat sampai di SMKTA pada jam 9.30 malam.