Bulan ini dinamakan Rejab oleh Masyarakat Jahiliyah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Seterusnya, Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Manakala bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Rasulullah Saw juga bersabda:
“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
Peristiwa besar yg berlaku di dlm bulan Rejab ialah peristiwa 'Isra dan Mikraj iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW telah bergerak dr Mekah ke Baitul Maqdis pada waktu malam dan diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT. Pada malam itu juga, Rasulullah SAW telah menerima perintah menunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam dan kewajipan itu telah menjadi rukun Islam yang wajib kita laksanakan sebagai seorang Muslim. Peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Rejab boleh dirujuk di Al Azim
KELEBIHAN BULAN REJAB
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Semoga kita senantiasa memperoleh rahmat-Nya. Amin.
0 ulasan:
Post a Comment