10.07.2009

Hari pertama PMR 2009

0 ulasan
Hari ini merupakan hari penentuan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia yang mana mereka akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009.

Jadual peperiksaan untuk hari ini ialah seperti berikut:

8.10 -   9.10 pagi     -  Bahasa Melayu Kertas 1
9.50 - 11.50 pagi     -  Bahasa Melayu Kertas 2
2.10 -   4.40 petang  -  Pendidikan Islam

Di SMKTA disediakan 2 pusat iaitu CP021 dan CP035. CP021 adalah untuk pelajar Tingkatan 3 seramai 193 calon manakala CP035 untuk calon pendidikan khas seramai 5 orang.


Pagi:

Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.15 pagi untuk perhimpunan ringkas. Majlis dimulai dengan ucapan guru dan diikuti pengasingan pelajar yang tidak membawa kad pengenalan. Seramai 9 orang pelajar gagal membawa kad pengenalan dan telah diberikan slip pengesahan calon untuk dibawa masuk ke dewan / bilik peperiksaan.

Setelah slip kemasukan diberi, pelajar diberi hand sanitizer dan topeng muka yang telah dibekalkan oleh KPM untuk mengelakkan penularan wabak H1N1. Pelajar yang demam telah diambil suhu badan oleh Cik Azizah. Alhamdulillah tiada pelajar yang mencapai suhu 38C.

Petang: 

Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan jam 1.40 petang untuk taklimat ringkas oleh guru bertugas, Ustaz Fuad. Seramai 4 pelajar lewat memandangkan mereka pulang ke rumah semasa waktu rehat untuk makan tengahari dan bersolat.

Perjalanan peperiksaan berjalan lancar.

0 ulasan: